Senang cerita cakap tak serupa bikin. Cerita dia macam ni. Aku nak poskan kamera Dslr ke Melaka. Sadly dah jual Nikon D40x aku. Kerana terdesak perlukan duit, jual la. Bukak harga mahal sikit, lepas nego dan tolak barang yang dia tak nak, so jual lah ia….
Jadi aku pegi ke Skynet. So sekarang ni memang aku tak prepare apa, kamera masuk dalam beg, ikat beg ketat – ketat. Cukupla padding dekat bag tu. Jadi kat Skynet aku kata, aku nak pos kamera, ke Melaka. Problem pertama, takder kotak. Tanyalah aku kepada awek kaunter tersebut (kenapa semua kat kaunter mesti awek?) ade kotak tak. Dia masuk dalam dan cari. Lama la jugak, cam 10 ~ 20 minit camtu.
Bila dah keluar, dia bawak la kotak Skynet. Sekali ada lagi sorang staff ni keluar sekali….
(Pendek cerita, ni perbualan dengan staff tersebut)
Staff: Kami tak accept valueble items.
Aku: (Tunjuk ke dinding, ade notis Skynet) Ini takder tulis pun.
Staff: Oh! Diorang lupa letak la tu.
Oh. WTF moment. Apekebende notis camtu pun boleh diorang pertikaikan.
Staff: Kami boleh terima tapi tak jamin la (Pulak?? Tadi kata tak accept).
Aku: Saya tak kisah, sekarang ni boleh letak padding sikit tak, kertas ke.
Staff: Ni valueble items, kami tak jamin, nanti hilang ka, rosak ka, kami tak boleh bayar.
Aku: Memanglah korang tak boleh bayar pun…… (Duh!)
Time ni dia dah cakap – cakap ngan staff lagi sorang. Pastu cakap bahasa ibunda dia yang aku tak paham.
Staff: Bukan apa, nanti kamera ni diorang baling – baling nanti kamera rosak.
Aku: Ni, kat kotak “Handle with care” ? (refer kepada kotak Skynet)
Staff: Pukul 2 pagi dalam van, mana ada orang nak handle with care.
Ahhhhhh. Tensyen pulak aku dengan minah ni.
Aku: Sebelum ni saya pakai Skynet jugak, pos handphone apa semua ok je.
Staff: Itu diorang tak check la tu.
Aku: Diorang bukak je tengok semua barang.
Staff: Haaa??!! Macam mana boleh lepas?
Wah…. Ingat aku pakai jampi ke hape. Dah terang – terang staff Skynet tu yang bukak kotak aku, check satu – satu, siap isi borang declare barang ape. Pastu aku sign. Itu pun kire magic ke boleh lepas.
Apekah permaslahan dengan Skynet yang aku pergi tu tak tahu ler. Aku pun confuse jadinya, nak accept ke tak aku nak courier tu. Nak kata tak nak accept, siap ambik kotak, siap tolong box, potong kotak kasi fit betul – betul dengan item. Siap tape lagi. Tapi banyak mulut pulakkkk.
Jadinya… Siap selamat la pos dslr tersebut. Dan sudahpun diterima dan diconfirmkan ok semuanya oleh pembeli tersebut.
Moral of the story di sini… Aku sangat tak paham dengan staff Skynet tersebut.
bukan kalau courier mmg x terima benda yg valuable ke?
Accept, with insurance (tgk la courier mana).
Or kalau tak nak insurance, then courier akan accept dgn remind yang if anything happen diorang tak tanggungjawab la bla bla bla.
If insurance cover pun, up to certain amount je …. Tak ingat berapa, beberapa ratus je kot.
Pakai DHL, huhu