Di dalam tazkirah yang sama Ustaz menyatakan para ulamak – ulamak ada mencirikan tanda – tanda atau isyarat tentang kematian dan tempoh nyawa yang tinggal. Dinyatakan, semua tanda – tanda ni berlaku pada waktu Asar.
Bergetar seluruh badan
Pada ketika ini, dikatakan umur masih berbaki 100 hari sahaja lagi.
Bergetar pada pusat
Pada ketika ini, umur berbaki 40 hari lagi.
Bergetar di antara dua kening
Pada ketika ini, umur berbaki lagi 3 hari.
Bergetar pada ubun – ubun
Pada ketika ini, umur berbaki lagi 1 hari.
Dinyatakan lagi, pertanyaan apakah semua orang akan merasa getaran ini, jawapannya bahkan semua orang akan merasa getaran ini, cuma antara sedar dengan tidak akibat kesibukan duniawi.
Perlu diingat, isyarat – isyarat ini hanya diambilkira pabila berada di dalam waktu Asar. Kerana pada waktu Asar itu adalah waktu peralihan hari. Mengikut takwim Islam, hari tersebut berakhir pada waktu Asar, dan hari yang baru bermula pada waktu Maghrib.
Getaran ini mungkin diakibatkan oleh pertambahan usia roh kita. Dan rasionalnya getaran ini berlaku secara berperingkat adalah untuk menunjukkan bagaimana roh kita ini akan dicabut bermula dari kaki, berhenti seketika di pusat, kemudian terus dan berhenti seketika di antara dua kening. Perjalanan roh yang berhenti – henti ini adalah untuk membuka peluang untuk kita bertaubat. Kerana pintu taubat akan tertutup pabila roh berada di ubun – ubun.
Di saat akhir, di mana roh berada di ubun – ubun menanti cabutan roh yang terakhir. Allah S.W.T akan menunjukkan kepada kita di bahagian manakah kita akan berada, di Syurgakah, di Nerakakah. Pada saat itu, di mana pintu taubat telahpun tertutup kita akan melihat kesudahan kita di akhirat kelak.
Moga kita semua berada di kalangan ahli Syurga, Amin.
