Pada satu petang yang cuacanya cerah, langit membiru, awan putih berarak perlahan – lahan… Angin pun turut bertiup menyejukkan pipi… Pendek kata what a perfect day to pegi makan di tasik Titiwangsa! (TT) Ya! Dah jadi frequent visitor pulak kat TT pulak. Nawaitu di hati memang nak park kereta dan pergi makan di gerai tu. Perfect plan.
Tapi time nak masuk parking tu perasan ada satu kereta myvi yang bonet depan terbukak dan ada 3 orang yang sedang bercakap – cakap. Aku ingat kereta dia rosak kot, tak pun battery flat. Teringat jugak kenapalah aku tak beli lagi jumper cable, kalau tidak dah boleh tolong brader ni. Takperlah… Park dulu apa – apa hal pun. Aku pun park lah dengan riaknya di situ.
Aku tengok brader kat keta tadi datang kat aku. Awat pulak ni…. Betul la nak tanya ada jumper cable ke tak kot…. Dalam hati aku berkata maaflah bro memang takder jumper cable nye.
“Assalamualaikum bang” Pandai dia bagi salam.
“Waalaikummussalam” Jawab aku penuh tertib, dulu masa tingkatan 1 kena marah dengan ustaz Lah sebab salah jawab salam, sampai sekarang ingat lagi
Dia pun tanya lebih kurang pasal keta. Aku pelik pulak mamat ni nak pinjam jumper cable cakap ajerlah. Lepas 2 ~ 3 soalan. Dia kata….
“Abang percaya tak saya boleh disable alarm abang tak sampai seminit”.
Aku jawab “Saya percaya”. Sebabnya dah 2 kali dah keta aku kena demo disable alarm ni.
Tapi dia macam tak dengar aku cakap apa. Dia teruskan dengan demo dia jugak. Dia duduk depan keta aku, keluarkan besi/dawai dia dan jolok masuk dan tarik cable unlatch bonet depan. Terus pop up bonet aku. Lepas tu dia bukak bonet. Alarm dah start bunyik (tapi Proton ni pakai Hon jer untuk alarm alert). Dia pun bukak kotak fius. Sambil dia terangkan, yang kita boleh disablekan bunyik ni dengan cabut saja fius ni…. Cabut je, tak bunyik lah jadinya.
Aku baru nak cakap ni kira lambat la ni, sebab yang brader sebelum ni demo kat keta aku dia cabut je relay horn tu. Tak payah susah – susah nak bukak kotak fius. Dah la time nak pasang balik salah pulak, kena aku pulak tunjuk cara betul nak pasang balik penutup kotak fius tu.
Sampai sini aku act cool lagi la. Sebab dah ada pengalaman keta di demo. Hahaha.
Dia nak teruskan lagi aku cakap tak payah lah. So dia pun promote la kat aku. Cerita punya cerita, tapi tak sebut2 jugak harga berapa. Jadi aku pun malas…. Aku cakap la…
“Camnilah, bagi kad ke kontek number kalau saya minat nak pasang saya call”.
Dia stop sekejap. Dia pandang member dia.
“Kitorang takde kad or kontek number. Ni semua special sale. Tak dapat harga ni kat kedai” Time cakap muka dah cam bengang.
“Takkan takde kot. At least kontek number la” Merepek la kontek number tak nak bagi kalau korang nak buat sales. Ape ingat aku nak call tengah – tengah malam ajak bergayut ke….. LOL!
Dia tetap gak dengan takder kad and kontek number dia. Tapi ada hati nak push aku beli barang dia…. Still tak cakap lagi berapa harga. Dah hilang minat dah pun…
Aku pun cakap la “Saya takda duit sekarang ni”.
“Takkan takde kot bang” Nak jugak korek duit aku… Dah la jantan… Kalau pompuan mungkin la aku cair sikit… Aku bukan spesis sepul tu.
“Betul takder”. Aku pun blah ja lah.
Lepas tu yang aku hampir – hampir hilang kesabaran aku…..
“Pakai keta ada duit. Nak pasang security takda duit”.
Aku dah pusing balik dah… Member dia sorang lagi dah tarik dia. Kurang ajar mamat ni. Nak buat sales macam ni ke…. Boleh bagi remark kat customer balik. LOL.
Aku kesian jugak kat orang jual sistem sekuriti keta ni. Sebab gaji memang based on commision. Ada customer ada lah gaji. Kalau tak silap la. Kalau ada basic pun, ciput je basic nya. Sebab tu lah aku nak mintak bisnes kad dia, at least kalau aku betul – betul nak aku boleh call dia and beli dengan dia, ataupun aku boleh rekomenkan kat kawan – kawan aku.
Kalau last word ko dah buat customer marah, camna ko nak buat sales? Bangang!
Ni jual barang macam one time sale aje. Jual megi goreng bolehla. Order megi goreng, kau makan, sedap kau makan habis, nanti datang lagi, tak sedap pun makan habis jugak sebab lapar, lain kali sumpah tak nak datang dah.
Aku sebenarnya dah pasang sistem immobilizer tu. Sebab tu aku stop dia dari continue. Nanti malu pulak tak leh start keta walaupun dah follow guide kompeni/senior ajar.
Sistem aku pakai yang murah aja. Dari FMN. Syarikat bumiputera. Siap bayar installment lagi RM 100 sebulan. Sekarang dah habis bayar la. Haha.
FMN ni bagus sebab first encounter aku mintak bisnes kad, mula – mula brader tu tak nak bagi. Tapi senior dia terus bagi kad nama kat aku. Ok. This is good marketing lah rasanya. Aku tak belajar sangat bab – bab bisnes, sales and marketing. That is to handout your contact number. Jadi seminggu lepas tu aku terus aku call dia untuk pasang kat keta aku.
Kau nak buat sales, basic thing kau kena ada paling – paling kurang bisnes kad. Apa ayat “this is my card” tak cukup bagus ke ? Bangga sikit bila ada bisnes kad sendiri. Macam dalam filem the social network “I am CEO, bitch!”. Hahaha
Dan kalau kompeni ko join tu kedekut taik idung masin tak nak supply even benda basic tu…. Nilaikanlah sendiri.
Lagi satu jangan kurang ajar dengan customer. Customer have right to say no as much as you have right to push the customer. Apa yang kau rasa bila customer say no, macam tu lah jugak customer rasa bila kau push – push dia.
Hangin aku kat mamat tu pasal kompeni dia kerja tu kompeni cina. Kau tu kerja dengan cina. Setiap sales ko buat, lagi banyak untung kat bos cina kau tu. Bukan nak anti cina ke apa (aku pun ambik barang dari supplier cina Malaysia dan cina dari China). Bila orang tak nak beli dengan ko, mesti la ada sebabnya. Mungkin sebab dia dah pasang sistem yang sama yang mana ko je tak perasan ada stiker tampal menunjukkan dah pasang sistem to woi! Ataupun diorang tak nak mengkayakan kompeni cina (jarang – jarang la … Sebab mostly semua benda di Malaysia tokay besar is cina … haha).
Apsal sampai tajuk cina pulak ni … Kena cop racist pulak. Tak racist ok, tapi realiti.
Few fact yang aku kumpul.
- Proton ada immobilizer dia sendiri. Kunci dia, link dengan ECU terus. Takda kunci tak boleh start keta.
- Nak break-in kereta Proton sangatlah mudah. (Perodua pun sama)
- Immobilizer FMN yang aku pasang tu, very simple je, module dia pun kecik je. What I paid is for the IDEA (which I truly believe).
- Sayangilah kereta anda….