Aidilfitri 2009 (1430 Hijrah)

There is nothing much to update. I did not snap any picture. Some plans does not go through. Some event I did not attend. Some open house that I miss (today miss Dato Mukhriz Open House @ Jerlun – because I’m now at Penang).

Aidilfitri celebration is kinda short for me. Even the takbir raya also kinda short this time. But the prayer start exactly @ 8:30 AM as usual.

My mom prepared nearly RM 200 to give to kids. But we’re not orang kaya, so we give one kid 50 cent only. Yups! Duit syiling! Little kids really like duit syiling, because it’s all the quantity and heaviness of it that counts (for them lah).

My mom would ask them, “Puasa penuh tak?” Then one of the kid answer honestly, “Penuh! Tapi tinggal dua hari…” :)

Well, Selamat Hari Raya Aidilfitri! :) Raya kat K.L ni sebulan, last time I think at my sis house @ PJ, there are kids that still come for duit raya though it already like 30th Syawal or so.

3 Golongan Tidak Beroleh Lailatul-Qadar

Tadi sempat mengikuti tazkirah ramadhan di Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes. Ustaz penceramah (maaf terlupa nama) menyatakan 3 golongan yang tidak beroleh Lailatul-Qadar.

Peminum Arak

Ustaz tidak mengulas panjang mengenai peminum arak, cuma menyatakan Alhamdulillah kerana percaya tidak seorang pun yang hadir pada tazkirah itu adalah peminum arak. Tidak logiklah bagi seorang peminum arak yang sedang mabuk datang menghadiri tazkirah. Kalau datang pun, maknanya malam ini dia tak minum, Alhamdulillah.

Penderhaka Kepada Ibu Bapa

Ustaz menyebut kisah seorang sahabat di zaman Rasulullah S.A.W di mana pada satu hari, ibu sahabat tersebut membawa makanan ke rumah sahabat itu, kemudian si sahabat tidak membuka dan menghidang pun makanan yang dibawa ibu sahabat tersebut. Maka pada ketika itu, terdetiklah di dalam hati ibu sahabat tersebut, rasa tersinggung.

Maka, pada saat kematian di sahabat tersebut, sahabat tersebut tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah, akibat daripada si ibu tidak mengampunkan kesalahan anaknya itu. Maka apabila Rasulullah bertanya, si ibu bercerita mengenai kisah tersebut. Maka Rasulullah memujuk si ibu sahabat itu untuk mengampunkan dosa anaknya itu. Selepas itu barulah sahabat tersebut dapat mengucap dan menghembuskan nafas yang terakhir.

Pemutus Silaturrahim

Pemutus silaturrahim ini adalah orang yang tidak berhubung dengan kaum keluarga dan kenalan – kenalan masing – masing. Dalam ertikata lain, tidak bertegur sapa atau bergaduh.

    Ustaz menyebut, 3 golongan ini tidak akan beroleh Lailatul-Qadar. Jika kita ini tergolong dalam salah satu dari golongan di atas, marilah kita meninggalkan mana yang buruk, kita buatlah mana yang baik. Moga – moga tahun ini kita beroleh Lailatul-Qadar, Amin.